- Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
- Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
- Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
- Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
- Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
- Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
- Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
- Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
- Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
- Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
- Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
- Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
- Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
- Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
- Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
- Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
- Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.
saat berganti minit...
minit bertukar jam....
jam bertukar hari.......
hari berganti minggu....
sungguh tak kuduga.......kandunganku semakin membesar dan sihat....alhamdulillah ya ALLAH!!
Salam untuk seluruh saudara ku,
Hari ini ku lalui seperti biasa,dengan rutin sebagai seorang ibu dan peniaga kecil kecilan dari rumah. Cuma ada segumpal kemalasan yang semakin melanda diriku di akhir akhir ini...kenapa agaknya?... orang kata,kalau hamil tua memang ada faktor begitu dek kerana perut yang semakin besar dan bertambah beratnya...itulah bukti kebesaran Allah..
Dah masuk minggu ke 32 ni, semakin terbayang sakitnya bersalin,bilik bersalin dan juga suara tangisan si kecil buat kali pertama.... oh berbaur baur rasa di dada....
Disini saya nak kongsikan sedikit barangan yang perlu disediakan sebelum due date kelahiran sicomel.
Di Bilik Persalinan Bayi:
Lampin 10 helai (tapi banyak guna utk bedung baby aje)
Lampin pakai buang 1 Pack utk NB
Barut 4 helai utk NB, 4 helai utk 5 month ke atas
Sarung kaki 3 pasang
Sarung tangan 3 pasang
Topi bayi 1 helai
Baju bayi 4 helai
Seluar bayi 4 helai
Tuala mandi bayi 2 helai
Selimut bayi yang ada kepala 1helai (boleh juga guna utk bedung baby)
Minyak telon (kurang panas)/ Minyak bayini mestika (keluaran kelantan pun ok)
Baby oil 1 botol kecil
Losyen Bayi 1 botol sederhana
Krim untuk ruam lampin - saya syorkan jenama egozite (utk ruam lampin kalo timbullah..)
putik kapas bayi 1 pek
Bola kapas (untuk lap kawasan pusat bayi
Tisu basah (alkohol free)-jenama anakku
Kabinet/Bakul utk pakaian baby
Bakul kecil utk letak baju baby yang nak dibasuh
Di Bilik Tidur Bayi:
Tilam
Bantal kepala dan peluk
Tikar getah (sebagai alas ketika change lampin/diapers)
Kelambu
Di Bilik Mandi Bayi:
Besen mandi bayi
Toiletries (Syampu, Sabun)-lebih baik guna sabun top to toe
Di Dapur Bayi:
Botol susu 2 botol 4 anuns (satu utk air masak, satu utk susu)
Berus botol ( yang takda sponge. brand anakku is recomended )
Termos kecil-kalau bayi susu botol
Breast pump-pureen battery pump
Lain-lain:
Kereta sorong baby
Seat Car baby
kerusi roda baby (guna lepas baby boleh duduk)
kerusi makan baby
Dan buat si ibu yang mengandung, berikut adalah barangan yang ada perlu sediakan buat diri sendiri.
Pakaian Mengandung (Cotton)/ T-shirt lengan panjang/pendek 3 helai
Kain Batik 3 helai
Tuala wanita (jenis bertali dan pad biasa)
Seluar dalam
Baju dalam khas utk menyusukan bayi
Jamu bersalin
Stokin kaki 3 helai
Barut Perut
Batu tungku
Bantal untuk sokong bayi semasa menyusu badan
Buat si bapa pula :
Sediakan duit untuk sebarang urusan kelahiran
Surat GL (government letter) sekiranya pekerja kerajaan/seumpamanya
Surat lahir anak anak sebelumnya
Surat kahwin(untuk pendaftaran kelahiran)
Kad pengenalan isteri dan diri sendiri
Sedia dengan nama untuk si comel
Dan paling mustahak,
SEDIA UNTUK MENGAZANKAN JUNDI KECIL ANDA...
semoga ini membantu kita semua dalam membuat persiapan untuk ibu dan anak....
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesakerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yangmelihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjagaanak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan"bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannyauntuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yangbersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitumemakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Hari ini saya berpeluang untuk berkongsi informasi tentang rahsia pemakanan RASULULLAH TERCINTA. Ustaz Abdullah Mahmood pernah berkata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda bijak menjaga pemakanannya sehari2.
ANTARA MAKANAN YANG DILARANG ATAUPUN DITEGAH :
1. Makan SUSU + DAGING
2. Makan DAGING + IKAN
3. Makan IKAN + SUSU
(Saintis menjumpai dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita)
4. Makan AYAM + SUSU
5. Makan IKAN + TELUR
6. Makan IKAN + DAUN SALAD
7. Makan SUSU + CUKA
8. Makan BUAH + SUSU (contohnya :- KOKTEL)
9. Makan BUAH SELEPAS MAKAN NASI
10. Meninggalkan MAKAN MALAM
(Sesiapa yang tinggal makan malam dia akan di makan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda)
11. Makan MAKANAN DARAT + MAKANAN LAUT
12. Makan sebarang ORGAN DALAMAN (contohnya:- HATI)
13. Makan MAKANAN RAPU (contohnya:- coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage)
14. Minum MINUMAN BERGAS
15. Makan JERUK-JERUK KERING dan BASAH
1. TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI
2. Makan BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI
3. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik
(Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul)
4. Minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi
5. Makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari
(Ahli saintis telah menemui bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. *enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak akan hadam)
6. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit
7. Makan buah delima dan epal hijau
Wallahualam.....
Syukur kita kehadrat Ilahi....diberi lagi sekali kita semua kesempatan untuk mengecapi nikmat bulan ramadhan yang mulia...semoga kali ini kita dapat menggunakan kesempatan ini dengan sebaik mungkin... insyaallah...
Sebagai seorang isteri dan ibu serta majikan...pastinya diri ini agak sibuk mengatur kehidupan dengan jadual yang akan bertukar sempena ramadhan kali ini....apa yang pasti, saya kena menjaga kebajikan semua pihak termasuklah bayi yang sedang bergerak gerak didalam perut boyot ni....Semoga ALLAH memberikan saya kekuatan..amiin.
Sebut tentang kehamilan ni...ramai juga dikalangan sahabat dan kenalan yang bertanya....samaada saya akan berpuasa penuh pada ramadhan kali ini memandangkan saya tengah sarat mengandung. Ada juga yang dengan beraninya mengesyorkan agar saya tidak berpuasa bagi menjamin kesihatan janin didalam kandungan...Masyaallah....
Bagi saya,mengandung di bulan ramadhan adalah satu kelebihan dan tanda rahmat kasih sayang ALLAH pada saya. Kenapa plak saya kata macam tu?...sebabnya...bukan semua perempuan diberi peluang melalui proses kehamilan di bulan ramadhan...betul tak?. Ini bukan satu musibah atau malapetaka...tapi sebenarnya ia adalah satu kelebihan dalam kita mendidik janin semasa didalam kandungan lagi tentang tatacara hidup sebagai seorang ISLAM dan tentang kewajipan berpuasa dibulan ramadhan... Insyaallah bila bayi itu lahir kelak,dirinya sudah terdedah dengan amalan berpuasa dibulan ramadhan dan ini memudahkan tugas umi dan abinya...betul tak>?.
Alhamdulillah....semua anak saya berpeluang merasai nikmatnya berpuasa dibulan ramadhan sejak didalam kandungan lagi...dan insyaallah tahun ini anak sulung akan memulakan puasanya yang pertama...semoga ALLAH mempermudahkan baginya....(tak pe....pose setengah haripun mama dan papa dah gembira...)hehehehe....
Sebut tentang hukum bagi perempuan yang sedang hamil untuk TIDAK BERPUASA DIBULAN RAMADHAN PULA ada banyak pendapat.tapi yang selalu dipakai oleh para ulama dan ilmuan islam negara kita ialah...
1- bagi wanita yang risau tentang kesihatan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan dirinya maka boleh baginya tidak berpuasa dibulan ramadhan tetapi dia wajib menggantikan puasanya dan wajib membayar fidyah.
2- bagi wanita yang risau tentang kesihatan dirinya yang sedang hamil, dia juga boleh tidak berpuasa dan wajib menggantikan puasanya tanpa perlu membayar fidyah...
Mungkin ada dikalangan kita yang tertanya tanya kenapa yang 1 perlu membayar fidyah dan ganti puasa dan yang ke 2 tak perlu?. kerana yang 1 itu melibatkan dua nyawa(ibu dan bayinya) dan masalah 2 itu hanya melibatkan satu nyawa(ibu). Adakah penerangan saya ni jelas?
semoga sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam permasalahan hukum bagi wanita mengandung....seandainya ada kesilapan harap sudilah kiranya anda menegur saya....
Sebagai seorang wanita,kita sering diulit dengan perkataan wanita solehah... sekaligus membawa kepada sifat ingin menjadi wanita solehah itu sendiri...yang senangi dan dikasihi oleh semua...termasuk tuhan dan rasulNya...
Dikeempatan ini saya ingin mengupas apakah ciri ciri wanita solehah yang sering kita idam idamkan...
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah. Semoga dengan sedikit perkongsian ini akan bermanfaat bagi kita semua... amiin ya rabb
Lama sungguh rasanya diriku meninggalkan alam blogger tercinta ni....hmmm maklumlah terhanyut dengan dunia facebook yang mengkhayalkan....mealpakan dan banyak lagilah.....me nya.. aku teringat kisah beberapa hari yang lepas...aku telah berkesempatan pegi mengambil baju hubby yang kena repair di kedai jahit kawan lama....kebetulan telah lama kedainya tutup kerana dia sibuk menjaga suaminya di hospital queen elizabeth Kota Kinabalu....
Agak lama jugalah baju tu berteleku disana... so sayapun tak kisah sangat lah....bertimbang rasalah sikit...tapi apa yang mengejutkan saya bila saya lalu dikedainya beberapa hari lepas dia dah buka. Tanpa membuang masa kamipun singgah dikedainya...setelah memberi salam, saya dengan jujur bertanyakan keadaan suaminya...
Dia tersenyum lalu berkata"DIA DAH TAK ADA....DAH SEBULAN LEBIH DIA TINGGALKAN KITA SEMUA..." saya dan suami serta semua yang ada disitu terkedu seketika...
Selepas meninggalkan kedainya saya masih terus berfikir tentang arwah...betapa singkatnya antara hidup dan mati....semasa lahir kita diazankan, ketika mati kita disolatkan...betapa dekatnya antara azan dan solat itu....
Arwah masih muda dan baru mempunyai seorang anak lelaki..usianya belum pun mencecah 35 tahun. Dia seorang muslim yang sihat dan agak pendiam.. tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya. Semua ketentuan dan takdir adalah milik ALLAH. Kita sebagai hamba kena redha dan sabar menghadapi karenah dunia ini.
Alfatihah untuknya...
kali ini saya ingin berkongsi sebuah kisah dari seorang sahabat dan berkongsi amalan baik untuk kita sesama ISLAM.semoga ianya mendatangkan manfaatkan kepada semua yang membaca. amin ya ALLAH...
Rahsia - Ibu Segala Jampi
Ianya diceritakan oleh Saudara Mohamad Farid tentang pengalaman istimewanya diajarkan IBU SEGALA JAMPI. Begini kisahnya…
————————————
Bismillahi-Rahmanir-Rahim.Assalamualaikum saudara dan saudari,
Nama saya Mohammad Farid A. Hamid.
Ini adalah pengakuan dan pengalaman saya. Setakat ini saya telah memberitahu kepada kawan-kawan rapat serta saudara-mara rapat sahaja. Saya harap dengan pengakuan ini, dapatlah pengetahuan ini disampaikan kepada lebih ramai Muslimin, dan dengan itu juga berkurangan lah beban saya untuk menyampaikan. InsyaAllah dapat melepaskan diri saya dari tanggungjawap ini,sekurang-kurangnya.
Pada masa saya berumur 13 tahun, saya telah diserang demam yang amat panas, sehingga tidak boleh bangun. Kerana kesempitan hidup, saya hanya dapat makan ubat-ubat yang dibeli dari kedai serta “air badak” pemberian ibu saya. Setiap malam, saya pasti meracau-racau, saya tidak lalu makan langsung.
Ibu saya mengatakan, mata saya berkaca kerana terlalu panas,serta selalu meminta air kerana dahaga teramat sangat. Setelah hampir seminggu saya telantar di katil bujang, ibu saya dapat sedikit wang untuk membeli betik dan tembikai. Kedua-duanya dipotong-potong dan direndam dalam air ais untuk saya makan. Setelah saya makan dengan selera terbuka, saya tertidur nyenyak.
Saya telah bermimpi yang kesemua bumi yang dipijak ini merkah, pecah dan segala bukit bukau, hutan rimba, belukar, rumah binaan, ranap dipukul ribut dan gempa.
Orang-orang bertempiran lari, serta menjerit-jerit. Yang anihnya, ada bahagian yang merkah tadi terapung- apung naik ke udara, dan ada bahagian yang jatuh laju entah kemana, bersama-sama orang- orang yang diatasnya. Bahagian tanah yang terapung kemudiannya bercantum-cantum membentuk satu dataran yang sangat luas yang tiada apa pun diatasnya kecuali air hujan didalam lopak-lopak.
Saya bersama-sama orang-orang lain yang berada di bahagian yang terapung ini berkumpul, sambil tolong menolong kerana ramai yang cedera, patah tulang serta luka-luka.
Sedang saya melutut membantu mereka yang cedera, seorang yang berjubah putih datang kepada saya dan mengatakan, “Bacakan lah ayat-ayat ini kepada air dan berikan minum dan sapukan kebahagian yang luka serta patah, InsyaAllah akan sembuh. Ajarkanlah kepada yang lain” Kemudian diberikan ayat-ayat tersebut seterusnya orang itu beredar.
Kesemua yang selamat nampaknya mengikuti orang itu,menuju ke satu cahaya di timur. Saya hanya sempat meihat capal yang dipakai oleh orang itu, bentuk capal yang anih serta unik. Saya turutkan suruhan orang tadi, memang terbukti berkesan. Kemudian kami mengikuti orang-orang lain menuju cahaya itu diketuai oleh orang berjubah tadi.
Sedar saya dari tidur, saya dapati tilam saya dibasahi peluh, dan ibu saya mengatakan nafas saya terhenti henti, kemudian laju, kemudian terhenti-henti sewaktu saya tidur. Tapi, saya tidak lagi demam, dan kepala saya tidak pening lagi, terus sihat walaupun tidak bermaya.
Mimpi itu tetap bermain di fikiran saya, dan bentuk capal yang unik tu sentiasa berada difikiran. Saya selalu amalkan ayat-ayat tersebut, dan dengan izin Allah, banyak yang dapat saya bantu. Satu hari, saya ternampak gambar didalam majalah, bentuk capal yang unik yang dipakai orang berjubah didalam mimpi saya.
Capal tersebut dikatakan kepunyaan RasulAllah. Untuk mendapat kepastian, saya bertanyakan Ustadz Abdullah yang mengajar saya sewaktu itu. Katanya, sekiranya mimpi yang dibacakan didalamnya ayat-ayat AlQuran, adaah benar, lebih-lebih lagi mimpi berjumpa RasulAllah, kerana syaitan tidak mungkin dapat menyerupai RasulAllah. Beliau kemudaian memeluk saya, dan berkata,“Awak amat beruntung, dapat mimpi berjumpa RasulAllah, kerana pada hemat saya mimpi awak adalah benar. Ikutilah pesan RasulAllah, dan ajarkan ayat-ayat itu kepada yang lain”.
Tuan-tuan, saudara dan saudari, saya meminta supaya sampaikan pesan ini kepada yang lain.
Bacalah Surah Al-Fatihah dari Bismillah sehingga Amin, serta Surah Al-Ikhlas (Tauhid, atau Qul Hu-Allah huAhad) keatas air dan berikan minum serta sapu kebahagian yang sakit dengan niat untuk membantu dan mengurangkan sakit bagi sesiapa sahaja, kerana Allah Ta’ala.
Itulah pesanan RasulAllah, dan saya telah menyampaikan. InsyaAllah, diberkati Allah niat yang baik serta bantuan tuan-tuan.
Tolong sampaikan dan ajarkan kepada yang lain, dan jangan minta bayaran dari pertolongan tuan-tuan.
Wassalam.
Mohammad Farid A. Hamid
+6012-9041917
Email : faridh63@yahoo.com
telemerit@gmail.com
Petua Untuk Isteri
Adakah anda mengenali siapa Dr. Fatimah Az-Zahra? Kalau anda selalu tengok ASTRO channel 106, pasti anda akan mengenali Dr. Fatimah.
Hari ini saya bukan nak ceritakan tentang Dr. Fatimah,tetapi saya nak kongsikan dengan anda 1 petua/jampi yang diajar oleh beliau.
Dr Fatimah telah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
(‘Abqaro’ ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar
dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya’, ambil air segelas, baca al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
Tolong sebarkan petua/jampi ini kepada kaum-kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manfaatnya, insyaAllah.
Selamat mengamalkan dan menikmati hasilnya.... :)
1) Madu - Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
- 2) Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
- 3) Susu segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- 4) Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
- 5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
- 6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.
Siapakah wanita di matamu?siapakah wanita dihatimu?siapakah wanita dijiwamu?
Siapapun dirimu, pasti ada wanita yang hadir dalam hidupmu,hadir sebagai wanita yang melahirkanmu yang kau gelar "ibu,bonda,mama,ummi,mami dan sebagainya". Hadir sebagai pengasuh atau penjagamu...hadir sebagai saudaramu yang kau panggil adik atau kakak... dan ada yang hadir sebagai isteri yang mengabdikan cinta dan setianya pada suami...
Sama ada kau lelaki ataupun wanita, pesanan ini tetap sama... hargailah wanita yang hadir dalam hidupmu. Kerana wanita amatlah istimewa. Lebih dari apa yang boleh diluahkan dengan kata kata...
Wanita amatlah berharga,jiwanya lembut..dan penuh perasaan...cubalah untuk memahaminya...kerana hidup ini adalah untuk memperbaiki dan mencuba untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...jadi janganlah kita berputus asa dengan semua wanita yang wujud disekeliling kita.Tanpa mereka siapalah kita...
Buat wanita wanita yang penting disekelililing saya....Ibu, Ummi,Ibu enti',Mbak Ifah, dan yang lain...tahniah kerana menjadi wanita yang hebat. Terima kasih atas jasa baikmu... Kalian bukan sahaja wanita yang hebat tetapi ibu yang terbaik selamanya...amiin..
Semoga Allah merahmati semua wanita muslimah didunia fana ini...Amiin.
Belum lagi hilang kenangan sambutan tahun baru, dunia 1 Malaysia kita dikejutkan dengan bertubi tubi masalah bayi yang di abaikan...didera,dibuang dan paling sadis dibuang dan terbakar hangus...Masyaallah...kejamnya manusia....
dimana nilai kita sebagai makhluk yang paling mulia?dimana akal yang sempurna untuk membuat pertimbangan?aku juga tertekan dengan berita berita ini...yalah...sejak menjadi ibu ,aku sensitif dengan perkara berkaitan anak anak ni....naluriku bagai dirobek robek dengan belati beracun rasanya.
Masa aku tengok buletin utama 8.30pm tadi, ada berita eksklusif tentang rumah kebajikan ke ntah apa nama dia tu...tapi ada hamba Allah yang berhati mulia lah telah mengusahakan rumah untuk wanita dan remaja yang telah insaf dari perbuatan yang "salah" untuk memulakan kehidupan baru.Nah....orang mcm nilah yang kita mahukan...yang cuba untuk memahami dan membantu mencegah masalah ni dari terus berkembang biak...
Bagi pendapat aku yang daif dan kerdil ni...kita sebagai masyarakat tidak perlulah menuding jari kesana sini...apa yang perlu kita hendaklah bertindak mengikut kemampuan masing masing. Bak kata pemilik pusat perlindungan Kewaja(kalau aku tak salah baca), kita perlu mendidik anak lelaki kita tentang akhlak yang mulia.Sama pentingnya dengan menerapkan nilai nilai akhlak mulia dan terpuji pada anak perempuan kita.Aku amat bersetuju tentang itu. Masyarakat kita terlepas pandang tentang perkara ni. Selama ini anak perempuan kita dijaga lebih dari menatang minyak yang penuh, tapi anak lelaki kita biarkan saja meniti kehidupan remaja menuju dewasa dengan jalan pilihannya sendiri.Hanya sekali dua kali je kita perati pergerakannya.
Dunia kita sekarang amat terbuka luas dengan ancaman yang agak memalukan kita semua.Teknologi lebih mengiakan perkara buruk ini berlaku. Tapi kita tidak berhak untuk menyalahkan teknologi 100%, ini tidak adil bagi dunia moden kita. Bagi aku, kita perlu memberi pendedahan yang lebih jelas dan lebih awal kepada anak dara dan teruna kita sebelum mereka masuk kealam baligh. Kita perlu memperjelaskan tahap aurat kita mengikut jantina dan dari sudut agama kita. Terangkan pada anak bahagian tubuh yang mana boleh disentuh oleh individu yang lain dan mana yang tidak boleh. Jangan lupa pula untuk menghuraikan "KENAPA" ada bahagian yang "TIDAK BOLEH DISENTUH OLEH ORANG LAIN" itu.
Pengisian masa secara teratur dan bermanfaat juga bagus untuk mengelakkan anak anak yang tersayang ni dari menyalurkan tenaga dan perhatian mereka kearah benda yang tidak sepatutnya. Contohnya pergaulan bebas, merokok dan lepak. Bila masa agak longgar, anak akan mula mengisinya dengan aktiviti pilihannya yang belum tentu bagus dan baik untuk masa hadapannya. Justeru itu, sebagai orang tua, suami isteri hendaklah sentiasa bermusyawarah tentang bagaimana hendak memberikan pengisian masa yang terbaik bagi anak anak seawal usia 1 tahun. Perhatian dan kasih sayang yang disaluti disiplin dan keimanan akan dapat menangkis kekosongan jiwa dan kelonggaran yang ada pada diri anak anak.Sekaligus dapat menangkis perbuatan yang sia sia dan tidak berlakulah gejala buruk pada anak anak kita .Insyaallah...
Kenali anak anda dengan cara yang istimewa. Seistimewa mana?....haaaa yang itu kenalah dimusyawarahkan dalam "LEMBAGA PENGARAH" ye,,,sebab setiap insan itu berlainan wataknya... memang agak sulit untuk kita menepati semua yang perlu dilaksanakan...Tapi kita masih mampu untuk terus berusaha sekaligus berjihad dalam membenteras kerosakan akhlak dikalangan anak anak ISLAM kita...
Setakat ni jelah dulu ulasan dan pandangan saya yang daif ni. Bila saya idea baru, insyaalah saya akan lakarkanya di blog tersayang ni..