Hairan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar anda semua? maaf kerana sudah terlalu lama ana tidak mengisi ruangan dalam blog yang tersayang ni.Sebenarnya, ana kurang sihat dan agak sibuk dengan beberapa hal peribadi.Apapun hari ini, di kesempatan ini ana nak sharing sesuatu yang baru kepada sahabat sekalian..

Baru baru ini ana ada terbaca majalah saudara yang khusus menyentuh perihal cara pemakain tudung.Tidak dapat disangkal, ana begitu tertarik dengan fesyen yang boombastik yang agak keterlaluan gitu...

Memang benar, stylelish sangat gaya bertudung yang cuba di ketengahkan dan memang sesuai bagi mereka yang mengenepikan niat asal pemakaian tudung.Maaflah kalau ada yang tidak berpuas hati...tapi bagi ana yang kurang wara' ni, pemakaian tudung mestilah kena dengan niatnya, janganlah lari dari azalinya.

Mungkin ada yang kurang jelas tentang bahagian yang wajib ditutup bagi kita para perempuan,gadis,puan,wanita,ibu,datin,dan semua yang merasakan mereka adalah wanita.jadi izinkan saya memberi penjelasan ringkas mengenainya,..

rambut adalah perhiasan wanita yang wajib dilindungi dari pandangan mata manusia yang bukan mahram.begitu juga dada, bahu dan leher.kenapa? kerana itu adalah kawasan yang mendatangkan ghairah dan meningkatkan kejelitaan wanita tersebut di mata lelaki.dan bakal mengundang masalah yang lebih serius jika kita membiarkannya terdedah begitu saja(anda faham maksud saya).

Jadi sahabat sekalian...kita sebagai kaum wanita ini wajib menutupi rambut,leher,bahu dan dada kita dengan tudung yang sesuai.tapi jangan salah sangka! ini tidak bermakna kita kena berfikiran konservatif dan kelihatan 'rigit'.tapi kita kenalah menyesuaikan cara pemakaian kita dengan apa yang dituntut oleh agama.betul tak???(kalau ada yang silap sila comment yer)

pakailah 2 or 3 lapis tudungpun..bahkan 10.tak heranla..tapi apa yang mengherankan ana ialah, walaupun 2ke3 lapis tudung dikenakan,tapi dada dan part part yang perlu ditutup tu tak tertutup dengan sempurna.cubalah anda tengok dalam majalah2 wanita sekarang tentang fesyen yang ana maksudkan...

sampai sini dulu coretan ana kali ni..lain kali kita sembang lagi.andapun hantarlah comment pada ana.dan tajuk yang menarik untuk kita bincangkan..dalam ruangan kesayangan kita 'busana muslimah'.wassalam.