JOM BUDGET !!!


sO saudara dan sahabat ku yang tersayang...jadual yang ku ambil dengan izin dari seorang kenalan ini diharapkan dapat membantu kita untuk sama sama membuat butget peribadi. Untuk keluarga dan diri sendiri. Almaklum dengan keadaan ekonomi yang masih agak pasif..dan juga mata wang yang kurang stabil ni...diharapkan dapatlah kita mengadakan mesyuarat sidang tertutup bersama kekasih masing masing(bagi yang dah berkahwin).Bagi yang masih bujang tu...diskusikanlah bersama ibu bapa ,adik beradik ke,ataupun diri sendiri.Apapun harap jadual ini bermanfaat bagi kita semua .INsYAALLAH...

TiPS! TIPS! TIPS!

Ini adalah sedikit tips dari Dr.Fadhilah Kamsah.

1. Sebelum tido, maafkan semua orang tak kira siapa pun dia. Insyaallah,ALLAH akan lipat gandakan rezeki.

2.Sebelum tido, berdoa: minta apa yang kita nak sepanjang tido,otak akan generatekan all of our wish and Insyaallah kita akan kerja dengan lebih semangat pada keesokan harinya.

3.Makanlah buah sebelum sarapan,makan tengahhari dan makan malam.Ini menepati sunnah nabi kita Muhammad.Selain mendapat pahala,kita juga dapat vitamin c yang sempurna dari buah yang kita makan.(boleh rujuk pakar pemakanan,bahawa buah yang dimakan selepas makan sarapan,makan tengaharari dan makan malam tidak dapat memberikan vitamin c kepada badan manusia. 0%)

4.Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selepas selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut dalam 10 saat baru telan. Tegukan kedua dan seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan apa saja yang akan dibwa oleh air tegkan pertama.

5. Seelok eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah Rasulullah. (Baginda makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan). Sebab bagi yang tengah menuntut ilmu,otak akan berungsi excellently (senang absorb ilmu) dalam 2 jam selepas makan. jadi jika kita makan pukul 8.30 mlm,dalam pukul 10.30 malam baru start study dan kemngkinan besar hanya dapat bertahan sehingga pukul 12 tengahmalam.Jadi tak banyak yang boleh dipekajari berbanding kalau kita makan dalam 6.30pm(semenanjung malaysia) atau 5.30pm (sabah & sarawak). Ia juga dapat mengelakkan kita tido dalam keadaan kekenyangan yang mana boleh menghindar dari membuat solat tengah malam.

PPSSStttT: Orang cina take dinner around 6pm tau!!

6. Tatacara dalam bilik air:
Selepas buang air kecil ,bedehemlah 3x(teran sikit) . Ini dapat mengelakan penyakit batu karang.

Semasa buang air besar, mengiring sedikitke kiri ikut sunnah sebab bila mgniring ke iri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

7.Tatacara didik anak:
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius , ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih" lapang/lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah pun okey) dan anak akan develop exellently!.

8.Bagi anak anak yang dah azalinya aktif atu hyperactive,kurang @ jangan pakaikan baju warna oren sebab warna ini bleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak itu.

9.TAtacara didik diri sendiri:
Rasullullah (saw) bersabda,sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari,berterusan, akan menjadi tabiat and kalau tak ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan 1-2 yang negatif.emosi emosi ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,cotisone and toxine yang ana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya) ,selalu sakit perut and etc.

ADA 3 KATEGORI MANUSIA:~
1. BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
2.TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3.CELAKA : Hari ini lebih buruk dari semalam

~~~~~sEmOGa iA mEmBeRi mAnFaAt kEpAdA kItA sEmUa~~~~~

SELAMAT TAHUN BARU 1431

Assalamualaikum kepada semua teman,sahabat dan kenalan.....dan buat sesiapa yang sudi menjadi pengunjung blog ini....

Selamat tahun baru kepada semua....
Sudahkah kita merancang strategi untuk tahun ini?.
Sudahkah anda membuat postmortem untuk tahun lepas?

Harap harapnya kita akan menjalani tahun ini dengan lebih sukses dan dirahmati ALLAH.
Semoga semua yang kita rancang akan dapat dilaksanakan....dan kejayaan menyebelahi kita.
Marilah kita sama sama mengingatkan diri masing masing tentang "MASA". Yang tidak mungkin menyebelahi orang orang yang alpa dan leka....

Akhir kata dariku...
Salam perjuangan dan ingatlah...bahawa hidup ini hanya sekali...

Alhabib Islamic Greeting Card

Hijrah

MiNdA KaYa?? VS MiNdA MiSkIN??!!

Hari ini aku terbaca satu artikel yang ditulis oleh jutawan internet muda kita yang berjaya,Irfan khairi.Kali ini beliau mengutarakan tentang "MINDA KAYA DAN MINDA MISKIN'.
HMmm....bila difikir fikirkan semula betul sungguh kata katanya.Orang yang berjaya ni selalunya yang berfikiran terbuka,berjiwa besar dan mempunyai minda kaya.Minda kaya yang disebut sebut disini ialah,minda yang berfikir besar,manakala minda miskin selalu berfikir kecil dan sempit.

Manusia selalu dilema antara memilih kerjaya ataupun meluangkan masa bersama keluarga tercinta.Ramai yang telah memilih salah satu dari keduanya.Tapi bagi mereka yang berjiwa besar...selalunya mereka tidak memilih antara satu.Tetapi akan memilih keduanya. Menganggap cabaran sebagai peluang dan menjadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi dan pendorong kepada kejayaan diri sendiri.
Kalau kita boleh memiliki keduanya dan berhak memiliki keduanya, kenapa kita harus memilih? betul tak???

Ini justeru berbeza bagi mereka yang memiliki minda miskin . Dimana mereka lebih suka memilih salah satu diantara komited mengejar kekayaan dan harta,ataupun setia meluang masa pada keluarga.Mereka lebih fokus kepada halangan dan kelemahan diri sendiri.

"Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan."-IRFAN KHAIRI

Jadi marilah sama sama kita fikirkan semula, dimanakah kita? Adakah kita termasuk dalam mereka yang memiliki minda kaya? ataupun berada dalam kepompong mereka yang memiliki minda miskin?.Apapun... demi masa,gunakanlah masamu sebaik mungkin sebelum ajal menjemputmu....semoga kita tidak tergolong dari orang orang yang rugi...AMIINN!!

p/s: aku sendiripun tak tau lagi aku dalam kelompok mana satu

Antara 'MAAF' dan 'SORRY'

Antara maaf dan sorry?.
Maknanya sama....
Pengertiannya berbeza....
Pernahkah kau bertanya..?
Pernahkah kau terfikir?
Dua perkataan yang maknanya sama...
Tapi nilaiannya berbeza....

Terkedu ku seketika,
Tika diriku diingatkan..
Tentang nilaian makna maaf dan sorry...
Katanya..."Maaf itu lebih tinggi nilainya."
"Mahal harganya...kerana sukar untuk di lafazkan.."
"Tapi sorry lebih murah harganya.Kerana terlalu mudah untuk diucapkan."

Bila kufikirkan semula,ada benar kata katanya...
Ada betulnya apa yang dikatakannya...
Mulai saat itu, aku lebih berhati hati bila bertutur.
Lebih berhati hati menggunakan dua perkataan itu.
Agar, niatku untuk memohon kemaafan tidak disalah ertikan.
Agar apa yang ingin kusampaikan dapat diterima dengan baik.

Kepada sidia yang tercinta...
Terima kasih atas teguranmu...
Terima kasih atas kasih sayangmu...
Terima kasih atas cintamu yang tidak berbelah bagi..
Terima kasih juga atas segala yang telah dan akan kau beri padaku...
Dirimu terlalu berharga buatku...
Cintaku kepadamu adalah kerana cintamu pada Ilahi...
Semoga kau tabah dalam meniti pentas kehidupan...
Amiinn Ya Rabbal Alamin...

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman...

Setelah 9 hari bercuti di bumi Tawau yang istimewa itu.Maka diriku dan keluarga terpaksa kembali ke Kota Kinabalu.Ada hal lain yang kena diuruskan...sungguh jauh perjalan ini.Ekspidisi ini mengambil masa lebih kurang 7-9 jam.Bergantung kepada jenis kenderaan,cara pemanduan,keadaan alam sekitar dan sebagainya.Nak dijadikan cerita,perjalanan kami pada 3 haribulan disember 2009 itu telah mencatatkan rekod perjalanan terpanjang dalam ekspidisi kami sekeluarga.Kenapa tidak,perjalanan kami yang bermula pukul 9am berakhir pada 11.20pm....sungguh sungguh letih...
Kami sempat singgah di rumah kedai sepupu di kunak. Rugi rasanya kalau tak menyempatkan diri menjamu selera di restoranya yang terkenal dengan bakso dan sup tulang yang memang cukup cukup mengancam!!. Kami bertolah dari sana lebih kurang pukul 12.Dan berhenti di Lahad Datu lebih kurang pukul 1 lebih,bersilaturahim kerumah teman sekuliah dulu.Suraya Abdul Basir.Ingatkan nak jumpa kat Petronas batu 3 je,tapi dia mengajak makan kerumahnya...Kamipun pergilah berkunjung kerumahnya.Sekarang anaknya dah besar,anak sulungnya yang namanya lebih kurang nama buah hati ku,dah 5 tahun,yang kedua 1 tahun lebih.Dia kelihatan lebih tenang dan bahagia sekarang.Lebih cantik dan manis.Aku bersyukur dengan keadaannya sekarang.Kerana dia berada disamping orang orang yang sentiasa menyayanginya.Memberikan sokongan dan galakan...siapa lagi kalau bukan keluarga tercinta...Kami kawan baik di U dulu,dia senior aku,tapi ntah mcm mana aku boleh sekuliah dengan dia..hehehehe pelik jugakkan???.Nama anak dia yang sulung tu Muhammad Arif Danieal. Nama anak sulungku pula Muhammad Haudhi Danieal. Lebih kurangkan??.Kami tak janji pun nak sama..Tapi nampaknya memang ada persamaan antara kami.ehehehehe....

Sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar kenangan sepanjang perjalanan itu.Nanti bila ada masa, aku pasti akan postkan dalam blog ni.Apapun, sabarlah menanti ya..cau cin ciiii....

Holiday holiday Malaysia.....

Hai Semua....
Diriku masih lagi bersama keluarga tercinta di bumi TAWAU ni...Macam macam keletah keluarga yang mencuit hati .Keletah anak anak tercinta bersama sepupu sepupu yang lain cukup menghiburkan.Bertambah ceria....kehadiran abang tersayang dengan cd cd terbaru cukup melengkapkan percutian kami.hahahahha.....nonton wayang terus kami ni hari hari....2012,SUPERNOVA,G.I JOE,TSUNAMI,ICE AGE 3,DAN macam macam lagi lah....sumernya gempak...tak cukup dengan tu ada hidangan istimewa pulak disediakan...kami masak pau inti kacang hitam istimewa.besalah,....ada kakak yang terror buat pau kan...jadi bolehlah makan banyak banyak.....
Walaupun tak dapat balik kampung selalu, tapi masa yang ada ni...kami akan gunakan dengan sebaik mungkin.Ibu pun nampaknya gembira.
Tapi kami dah bagitau awal, kami terpaksa balik awal sebab ada hal yang kena diuruskan.Ibu faham,dan kamipun cuba berlaku adil untuk semuanya...

PANAS!! PANAS!! PANAS !!

Pernahkah kita terfikir...sejauh mana kita telah membahagiakan seorang wanita yang bergelar "IBU"???.Pernahkah kau dan aku terfikir...sebanyak manakah wanita itu menangis kerana perbuatan kita????.Tak kira kau lelaki atau perempuan...yang pastinya, kau dan aku sama.Lahir dari rahim seorang wanita yang dipanggil IBU.
Pernahkah kau tanya pada wanita itu, "Ibu, engkau redhakah padaku wahai Ibu?"Pernahkah kau cuba mendalami hati sanubarinya....?Pernahkah kau berkongsi derita bersamanya?..Pernahkah kau cuba memahami setiap keputusannya???? PErnahkah?????!!!!

Bukan ku cuba melukakan hati sesiapa...bukan juga ku cuba mendabik dada... sekadar ku ingin memberi peringatan kepada diriku yang hina ini..serta kepadamu juga saudaraku....dan kepada sesiapa saja yang masih bergelar "anak" kepada seorang wanita bergelar "IBU".

Petang ini, ingin ku kongsi sebuah cerita.Cerita citra seorang anak.Seorang anak kepada wanita tua yang istimewa.Dia seorang manusia biasa. Yang membesar bersama persekitaran. Pergolakan hidup telah banyak mencorakkan keperibadiannya. Jiwa remaja banyak membawanya hanyut entah kemana...Dia sama seperti remaja lain..pernah melakukan kesilapan...Namun syukurnya kepada Ilahi, dia masih dilindungi.Dipelihara maruah dan keperibadiannya. Terbentuklah kembali dirinya menjadi anak bangsa yang sederhana.Ibunya telah membesarkannya dengan penuh ketabahan.Menggalas tanggungjawab sebagai ibu juga ayah. Tak pernah sekali dia mengeluh.Apatah lagi menganggap si anak sebagai beban kepadanya. Jauh sekali untuk meminta belas ihsan dari saudara mara ataupun handai taulan. Habis tanah, emas dan segala harta yang ada dijualkan. Semata mata ingin melihat anaknya yang hina itu berjaya bergelar graduan cemerlang.
Si anak bersyukur dikurniakan seorang ibu yang hebat sepertinya.Tidak jemu berdoa untuk si anak.Memaafkan segala kesilapan,berdoa agar tuhan merahmati anak nya. Dan dengan izin Yang Maha Kuasa,,, akhirnya si anak berjaya meraih ijazahnya yang pertama.si ibu tetap gembira walaupun dia tidak mampu untuk melihat majlis pengijazahan itu kerana dia terlantar sakit di hospital. Dan petang ini si anak terjumpa diari lama ibunya... alangkah terkejutnya dia..banyak kisah memilukan dicurah didalam diari kecil itu.Kisah hiba hati seorang ibu...melihat kelakuan anaknya yang mengguris hati...jatuh bangun anaknya dalam kehidupan sedikit sebanyak melukakan hatinya...setiap detik dilalui dengan debaran.Hanya pasrah pada Tuhan Yang Esa. Semoga kebahagiaan menyebelahi dia dan anaknya..
Sungguh tak tergambar perasaan si anak . Hancur luluh hatinya bila dia tahu betapa dia telah banyak membuatkan perempuan tua itu menangis. Dia telah banyak melukakan hati perempuan tua itu dengan tingkah lakunya.Tindakannya,keputusannya....dan segala galanya......dan yang paling memilukan itu adalah kenyataan bahawa anak si ibu tua itu adalah "AKU"...

AKULAH ANAK ITU,
AKULAH ANAK WANITA TUA ITU,
AKULAH YANG PALING DISAYANGI WANITA TUA ITU,
AKULAH YANG BANYAK MEMBUATKAN WANITA TUA ITU MENANGIS,
AKULAH YANG BERDOSA ITU,

AKULAH ANAK ITU,
ANAK YANG MENCALARKAN HATI WANITA ISTIMEWA ITU,
ANAK YANG MENGGORES HATI IBUNYA,
ANAK YANG BANYAK MEWARNAI SUKA DUKA IBUNYA,
AKULAH ANAK ITU.

TERIMA KASIH PADAMU WAHAI TUHAN,
KAU BERI KU PELUANG SEKALI LAGI,
UNTUK KU PERBETULKAN SEGALANYA,
UNTUK KU USAP PIPI KUSAM ITU,
UNTUK KU BAHAGIAKAN HATINYA,
UNTUK KU BELAI DIRINYA...
AGAR HILANG SEGALA DUKA LARA DARI KAMUS HIDUPNYA...

KINI KUSEDAR, BUKAN INTAN BERLIAN YANG SEORANG IBU HARAPKAN,
HANYA SECEBIS PERHATIAN
SELAUTAN KASIH SAYANG,
SEGENGGAM BELAS KASIHAN,
DAN SEGUNUNG PENGERTIAN.

PADAMU IBU,KU UCAPKAN BERBILION TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU.SEJAK DETIK KAU MELAHIRKAN AKU KEDUNIA INI HINGGALAH AKHIR HAYATKU NANTI....KUHARAP KAU HALALKAN SEGALANYA.AMPUNILAH DOSA ANAKMU INI.DAN JANGANLAH PERNAH KAU BOSAN UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAANKU..

WAHAI IBU, CINTA DAN KASIHKU PADAMU TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN DENGAN KATA KATA.KERANA ....TIDAK ADA PERKATAAN YANG DAPAT MENGGAMBARKAN BETAPA KU BERSYUKUR MEMILIKIMU SEBAGAI IBU KU...

PerMata HaTikU...

Assalamualaikum semua...

Well, seperti yang telah dijanjikan saya akan menyambung kisah hidup saya bersama orang baru.Keadaan banyak berubah dengan kehadirannya.Jadual tidur saya berubah.Jadual makanpun turut berubah(memanglah dah kena berpantang kan...).Saya tidak mengalami banyak masalah semasa berpantang kerana bersalin secara normal.Walaupun ibu dan mak mertua saya tak dapat datang untuk menjaga saya sepanjang tempoh berpantang, namun saya masih bersyukur kerana ada sepupu dan adik ipar saya yang sudi menjaga saya dan bayi.Berpantang kali kedua ni, saya rasa lebih sihat dan lebih cepat sembuh berbanding yang pertama.Walaupun berat badan tidak turun sebanyak yang dijangkakan...tetapi saya cukup bersyukur dengan proses penyembuhan luka luka dalaman saya yang cukup sporting.

Adik ipar saya akan balik kesemenanjung dalam bulan 3.So saya kena mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjaga suami dan dua orang buah hati saya sendirian. Saya berdoa semoga Allah memberikan kekuatan yang luar biasa kepada saya.Apa yang paling penting adalah kesihatan dan mental yang berada dalam keadaan baik. Haudhi sekarang sudah mula pandai bercakap walaupun masih bercampur dengan bahasa "baby talk".Saya cukup bersyukur kerana dia sudah menunjukkan peningkatan dalam berbahasa...
Selama tempoh berpantang, saya makan bermacam jenis jamu dan homeopati.Taulah kan....kita ni orang muda, mau lekas sembuh,semua kena makan.Saya makan jamu lepas bersalin jenama air mancur(ni buatan indonesia.diamalkan turun temurun oleh kaum keluarga),Ammy 60 day dari sendayu tinggi,Salindah dan beberapa ubatan lain.Disamping itu juga saya mengamalkan mandi sauna dengan campuran herba dan serai wangi.Ini dapat menghilangkan bau hamis dibadan disamping membakar lemak dan membuang toksin dari dalam badan.Lulur pun ada saya amalkan...tapi tak kerap sangatlah.Sekadar yang termampu je....hehehehe...

Bagi saya....mengandung dan bersalin itu adalah satu kepuasan dan kesyukuran yang tidak dapat digambarkan...Lambang kesempurnaan seorang wanita dan cinta seorang isteri pada suaminya..Pesanan saya buat anda yang membaca blog ini,hargailah pasangan anda semampunya.Jika anda seorang isteri...berusahalah melahirkan anak sebanyak mungkin untuk suami tercinta....semoga pengorbanan itu akan menjamin kebahagiaan dunia dan ahkirat kita. sekiranya anda seorang suami pula,berbahagilah suka dan duka sepanjang tempoh mengandung,bersalin dan berpantang bersama isteri tersayang.sokongan dan perhatian dari suami adalah sesuatu yang paling didambakan. Jadi marilah kita bersama sama saling memberi sokongan dalam hidup berumah tangga. Insyaallah... Sekian dulu coretan kali ini dari saya untuk anda semua.....
Wassalam.

I'm BaCk...

Assalammualaikum and salam sejahtera.

Hai semua,,, saya telah kembali bersama semangat baru dan bahan-bahan baru untuk dikongsikan bersama.Sebelum pergi jauh saya ingin meminta maaf kerana telah menyepikan diri terlalu lama.lebih setahun rasanya...ampunkanlah saya.saya pasti ada yang tertanya tanya kemana menghilangnya ummunajihah ni????? Well i'm here now and want to sharing something with you all..

Sebenarnya saya baru saja selamat melahirkan cahaya mata yang kedua.Allah telah mengurniakan saya dan suami seorang bayi perempuan yang comel. Kami telah menamakannya Puteri Pretty Dinie Hayaty.Oleh kerana ia terlalu panjang, maka kami memanggilnya dengan nama timanangan,pretty or dinie saja. Kami amat bersyukur dan bangga atas kelahirannya.Ia satu kurniaan yang amat berharga buat kami berdua.Satu lagi titipan dan amanat besar dari Sang Pencipta.Semoga kami tidak mensia-siakan amanat ini.Amin.

Disini saya ingin mengambil kesempatan berkongsi cerita pahit getir yang saya lalui sepanjang tempoh mengandung, bersalin dan berpantang.Bukan untuk meminta pujian,bukan juga untuk menunjuk nunjuk. Jauh sekali untuk meraih simpati.Hanya sekadar ingin berkongsi cerita.Cerita seorang wanita yang bergelar isteri dalam menyempurnakan misinya melahirkan jundi-jundi untuk suami yang tercinta.Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Kandungan itu bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan.Tapi ianya adalah sesuatu yang dirancang dan amat dinantikan oleh saya dan suami.Setelah kandungan yang terdahulu gugur dalam usia 2 bulan,pastinya kami ternanti nanti kehadiran benih yang seterusnya.dan akhirnya pada bulan 5 2008,doktor mengesahkan saya mengandung dan dijangka bersalin awal tahun 2009.Sepanjang tempoh mengandung saya tidak mengalami alahan yang teruk.Tetapi saya agak liat dan kurang serasi dengan vitamin dan ubat ubatan.Bila makan,saya akan mual dan memuntahkannya semula.Berbeza dengan kandungan yang pertama.Semua jenis vitamin,suppliment saya bedal. Memang benarlah kata orang tua tua, tiap kandungan berbeza ragamnya.Susah diramal.Suami saya yang bertugas sebagai guru disebuah sekolah berasrama penuh,amat sibuk dengan tugasan yang diberi. Tambahan pula dengan kerenah anak sulung kami yang memang rapat dengan papanya, bertambah tambahlah sibuknya dia. Saya agak tertekan pada 5 bulan terakhir kandungan.Apa tidaknya,saya terpaksa menyiapkan semua tugas dirumah seorang diri,dengan perut yang semakin besar,anak sulung yang makin banyak kerenahnya,saya memang tertekan.Syukurlah suami bijak mengaturkan masanya agar dapat membantu saya apa yang patut.Dia juga bijak menangani emosi saya yang kurang stabil waktu itu.Sememangnya saya amat bersyukur memiliki suami sepertinya.Thank you ALLAH.

Pada bulan bulan terakhir doktor mengatakan kandungan saya agak besar,sihat dan sempurna.Kemungkinan besar saya akan bersalin lebih awal dari tarikh yang dijangkakan.Jadi saya diminta untuk membuat persediaan awal.Tapi hari berganti hari akhirnya tiba pada tarikh jangkaan bersalin.Tapi bayi yang dikendong tidak juga ingin keluar.Hati saya tidak tenang.Perasaan saya bercampur aduk.Bayi saya tidak begerak.Sesampai saja suami dirumah,malam itu saya ajak suami ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut.Doktor mengesahkan kandungan saya sudah berada dilaluan yang betul tetapi bayi saya tidak meniarap seperti normal.Tetapi dia menelentang.Dan ketika proses scanning dia sedang bermain jari jemarinya..Masa itu hati saya susah untuk digambarkan.Saya amat susah hati.Tapi doktor menasihatkan agar saya bertenang dan berehat.Doktor memberi masa 7 hari dari hari itu.Kalau tak bersalin juga, doktor akan masukkan saya ke wad.

Keesokan harinya,saya buat keputusan untuk membasuh carpet ruang tamu saya dengan tangan.Sebenarnya saya ingin release tention dan mengalihkan perhatian saya dari terus memikirkan perkara-perkara negatif dari fikiran saya.Tetapi tanpa saya sedari tindakan saya itu memudahkan lagi proses kelahiran bayi saya.Malam itu pukul 8 malam saya rasa kurang selesa.Tapi saya tahan.hinggalah pukul 3 pagi dimana saya sudah tidak tahan lagi saya dan suami bergegas kehospital.masa itu bukaan sudah 4cm,dan tepat 8.01am 8 januari 2009 saya selamat melahirkan seorang serikandi.Alhamdulillah.Saya amat bersyukur dan berterima kasih pada suami saya yang setia menemani saya sepanjang tempoh bersalin tu.I love you darling.Thanks a lot!!

Well,nampaknya saya terpaksa berhenti disini. Saya akan sambung lagi kisah yang hebat ini dalam masa yang terdekat.So saya harap kalian tidak bosan untuk mengunjungi blog saya ini.Salam ukhwah dari saya dan ilalliqo".