JOM BUDGET !!!


sO saudara dan sahabat ku yang tersayang...jadual yang ku ambil dengan izin dari seorang kenalan ini diharapkan dapat membantu kita untuk sama sama membuat butget peribadi. Untuk keluarga dan diri sendiri. Almaklum dengan keadaan ekonomi yang masih agak pasif..dan juga mata wang yang kurang stabil ni...diharapkan dapatlah kita mengadakan mesyuarat sidang tertutup bersama kekasih masing masing(bagi yang dah berkahwin).Bagi yang masih bujang tu...diskusikanlah bersama ibu bapa ,adik beradik ke,ataupun diri sendiri.Apapun harap jadual ini bermanfaat bagi kita semua .INsYAALLAH...

TiPS! TIPS! TIPS!

Ini adalah sedikit tips dari Dr.Fadhilah Kamsah.

1. Sebelum tido, maafkan semua orang tak kira siapa pun dia. Insyaallah,ALLAH akan lipat gandakan rezeki.

2.Sebelum tido, berdoa: minta apa yang kita nak sepanjang tido,otak akan generatekan all of our wish and Insyaallah kita akan kerja dengan lebih semangat pada keesokan harinya.

3.Makanlah buah sebelum sarapan,makan tengahhari dan makan malam.Ini menepati sunnah nabi kita Muhammad.Selain mendapat pahala,kita juga dapat vitamin c yang sempurna dari buah yang kita makan.(boleh rujuk pakar pemakanan,bahawa buah yang dimakan selepas makan sarapan,makan tengaharari dan makan malam tidak dapat memberikan vitamin c kepada badan manusia. 0%)

4.Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selepas selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama sahaja, biarkan air dalam mulut dalam 10 saat baru telan. Tegukan kedua dan seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan apa saja yang akan dibwa oleh air tegkan pertama.

5. Seelok eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah Rasulullah. (Baginda makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan). Sebab bagi yang tengah menuntut ilmu,otak akan berungsi excellently (senang absorb ilmu) dalam 2 jam selepas makan. jadi jika kita makan pukul 8.30 mlm,dalam pukul 10.30 malam baru start study dan kemngkinan besar hanya dapat bertahan sehingga pukul 12 tengahmalam.Jadi tak banyak yang boleh dipekajari berbanding kalau kita makan dalam 6.30pm(semenanjung malaysia) atau 5.30pm (sabah & sarawak). Ia juga dapat mengelakkan kita tido dalam keadaan kekenyangan yang mana boleh menghindar dari membuat solat tengah malam.

PPSSStttT: Orang cina take dinner around 6pm tau!!

6. Tatacara dalam bilik air:
Selepas buang air kecil ,bedehemlah 3x(teran sikit) . Ini dapat mengelakan penyakit batu karang.

Semasa buang air besar, mengiring sedikitke kiri ikut sunnah sebab bila mgniring ke iri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

7.Tatacara didik anak:
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius , ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih" lapang/lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah pun okey) dan anak akan develop exellently!.

8.Bagi anak anak yang dah azalinya aktif atu hyperactive,kurang @ jangan pakaikan baju warna oren sebab warna ini bleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak itu.

9.TAtacara didik diri sendiri:
Rasullullah (saw) bersabda,sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari,berterusan, akan menjadi tabiat and kalau tak ilmu itu akan mati.

Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan 1-2 yang negatif.emosi emosi ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,cotisone and toxine yang ana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya) ,selalu sakit perut and etc.

ADA 3 KATEGORI MANUSIA:~
1. BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
2.TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3.CELAKA : Hari ini lebih buruk dari semalam

~~~~~sEmOGa iA mEmBeRi mAnFaAt kEpAdA kItA sEmUa~~~~~

SELAMAT TAHUN BARU 1431

Assalamualaikum kepada semua teman,sahabat dan kenalan.....dan buat sesiapa yang sudi menjadi pengunjung blog ini....

Selamat tahun baru kepada semua....
Sudahkah kita merancang strategi untuk tahun ini?.
Sudahkah anda membuat postmortem untuk tahun lepas?

Harap harapnya kita akan menjalani tahun ini dengan lebih sukses dan dirahmati ALLAH.
Semoga semua yang kita rancang akan dapat dilaksanakan....dan kejayaan menyebelahi kita.
Marilah kita sama sama mengingatkan diri masing masing tentang "MASA". Yang tidak mungkin menyebelahi orang orang yang alpa dan leka....

Akhir kata dariku...
Salam perjuangan dan ingatlah...bahawa hidup ini hanya sekali...

Alhabib Islamic Greeting Card

Hijrah

MiNdA KaYa?? VS MiNdA MiSkIN??!!

Hari ini aku terbaca satu artikel yang ditulis oleh jutawan internet muda kita yang berjaya,Irfan khairi.Kali ini beliau mengutarakan tentang "MINDA KAYA DAN MINDA MISKIN'.
HMmm....bila difikir fikirkan semula betul sungguh kata katanya.Orang yang berjaya ni selalunya yang berfikiran terbuka,berjiwa besar dan mempunyai minda kaya.Minda kaya yang disebut sebut disini ialah,minda yang berfikir besar,manakala minda miskin selalu berfikir kecil dan sempit.

Manusia selalu dilema antara memilih kerjaya ataupun meluangkan masa bersama keluarga tercinta.Ramai yang telah memilih salah satu dari keduanya.Tapi bagi mereka yang berjiwa besar...selalunya mereka tidak memilih antara satu.Tetapi akan memilih keduanya. Menganggap cabaran sebagai peluang dan menjadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi dan pendorong kepada kejayaan diri sendiri.
Kalau kita boleh memiliki keduanya dan berhak memiliki keduanya, kenapa kita harus memilih? betul tak???

Ini justeru berbeza bagi mereka yang memiliki minda miskin . Dimana mereka lebih suka memilih salah satu diantara komited mengejar kekayaan dan harta,ataupun setia meluang masa pada keluarga.Mereka lebih fokus kepada halangan dan kelemahan diri sendiri.

"Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan."-IRFAN KHAIRI

Jadi marilah sama sama kita fikirkan semula, dimanakah kita? Adakah kita termasuk dalam mereka yang memiliki minda kaya? ataupun berada dalam kepompong mereka yang memiliki minda miskin?.Apapun... demi masa,gunakanlah masamu sebaik mungkin sebelum ajal menjemputmu....semoga kita tidak tergolong dari orang orang yang rugi...AMIINN!!

p/s: aku sendiripun tak tau lagi aku dalam kelompok mana satu

Antara 'MAAF' dan 'SORRY'

Antara maaf dan sorry?.
Maknanya sama....
Pengertiannya berbeza....
Pernahkah kau bertanya..?
Pernahkah kau terfikir?
Dua perkataan yang maknanya sama...
Tapi nilaiannya berbeza....

Terkedu ku seketika,
Tika diriku diingatkan..
Tentang nilaian makna maaf dan sorry...
Katanya..."Maaf itu lebih tinggi nilainya."
"Mahal harganya...kerana sukar untuk di lafazkan.."
"Tapi sorry lebih murah harganya.Kerana terlalu mudah untuk diucapkan."

Bila kufikirkan semula,ada benar kata katanya...
Ada betulnya apa yang dikatakannya...
Mulai saat itu, aku lebih berhati hati bila bertutur.
Lebih berhati hati menggunakan dua perkataan itu.
Agar, niatku untuk memohon kemaafan tidak disalah ertikan.
Agar apa yang ingin kusampaikan dapat diterima dengan baik.

Kepada sidia yang tercinta...
Terima kasih atas teguranmu...
Terima kasih atas kasih sayangmu...
Terima kasih atas cintamu yang tidak berbelah bagi..
Terima kasih juga atas segala yang telah dan akan kau beri padaku...
Dirimu terlalu berharga buatku...
Cintaku kepadamu adalah kerana cintamu pada Ilahi...
Semoga kau tabah dalam meniti pentas kehidupan...
Amiinn Ya Rabbal Alamin...

Jauh Perjalanan Luas Pengalaman...

Setelah 9 hari bercuti di bumi Tawau yang istimewa itu.Maka diriku dan keluarga terpaksa kembali ke Kota Kinabalu.Ada hal lain yang kena diuruskan...sungguh jauh perjalan ini.Ekspidisi ini mengambil masa lebih kurang 7-9 jam.Bergantung kepada jenis kenderaan,cara pemanduan,keadaan alam sekitar dan sebagainya.Nak dijadikan cerita,perjalanan kami pada 3 haribulan disember 2009 itu telah mencatatkan rekod perjalanan terpanjang dalam ekspidisi kami sekeluarga.Kenapa tidak,perjalanan kami yang bermula pukul 9am berakhir pada 11.20pm....sungguh sungguh letih...
Kami sempat singgah di rumah kedai sepupu di kunak. Rugi rasanya kalau tak menyempatkan diri menjamu selera di restoranya yang terkenal dengan bakso dan sup tulang yang memang cukup cukup mengancam!!. Kami bertolah dari sana lebih kurang pukul 12.Dan berhenti di Lahad Datu lebih kurang pukul 1 lebih,bersilaturahim kerumah teman sekuliah dulu.Suraya Abdul Basir.Ingatkan nak jumpa kat Petronas batu 3 je,tapi dia mengajak makan kerumahnya...Kamipun pergilah berkunjung kerumahnya.Sekarang anaknya dah besar,anak sulungnya yang namanya lebih kurang nama buah hati ku,dah 5 tahun,yang kedua 1 tahun lebih.Dia kelihatan lebih tenang dan bahagia sekarang.Lebih cantik dan manis.Aku bersyukur dengan keadaannya sekarang.Kerana dia berada disamping orang orang yang sentiasa menyayanginya.Memberikan sokongan dan galakan...siapa lagi kalau bukan keluarga tercinta...Kami kawan baik di U dulu,dia senior aku,tapi ntah mcm mana aku boleh sekuliah dengan dia..hehehehe pelik jugakkan???.Nama anak dia yang sulung tu Muhammad Arif Danieal. Nama anak sulungku pula Muhammad Haudhi Danieal. Lebih kurangkan??.Kami tak janji pun nak sama..Tapi nampaknya memang ada persamaan antara kami.ehehehehe....

Sempat juga aku mengambil beberapa keping gambar kenangan sepanjang perjalanan itu.Nanti bila ada masa, aku pasti akan postkan dalam blog ni.Apapun, sabarlah menanti ya..cau cin ciiii....

Holiday holiday Malaysia.....

Hai Semua....
Diriku masih lagi bersama keluarga tercinta di bumi TAWAU ni...Macam macam keletah keluarga yang mencuit hati .Keletah anak anak tercinta bersama sepupu sepupu yang lain cukup menghiburkan.Bertambah ceria....kehadiran abang tersayang dengan cd cd terbaru cukup melengkapkan percutian kami.hahahahha.....nonton wayang terus kami ni hari hari....2012,SUPERNOVA,G.I JOE,TSUNAMI,ICE AGE 3,DAN macam macam lagi lah....sumernya gempak...tak cukup dengan tu ada hidangan istimewa pulak disediakan...kami masak pau inti kacang hitam istimewa.besalah,....ada kakak yang terror buat pau kan...jadi bolehlah makan banyak banyak.....
Walaupun tak dapat balik kampung selalu, tapi masa yang ada ni...kami akan gunakan dengan sebaik mungkin.Ibu pun nampaknya gembira.
Tapi kami dah bagitau awal, kami terpaksa balik awal sebab ada hal yang kena diuruskan.Ibu faham,dan kamipun cuba berlaku adil untuk semuanya...