PANAS!! PANAS!! PANAS !!

Pernahkah kita terfikir...sejauh mana kita telah membahagiakan seorang wanita yang bergelar "IBU"???.Pernahkah kau dan aku terfikir...sebanyak manakah wanita itu menangis kerana perbuatan kita????.Tak kira kau lelaki atau perempuan...yang pastinya, kau dan aku sama.Lahir dari rahim seorang wanita yang dipanggil IBU.
Pernahkah kau tanya pada wanita itu, "Ibu, engkau redhakah padaku wahai Ibu?"Pernahkah kau cuba mendalami hati sanubarinya....?Pernahkah kau berkongsi derita bersamanya?..Pernahkah kau cuba memahami setiap keputusannya???? PErnahkah?????!!!!

Bukan ku cuba melukakan hati sesiapa...bukan juga ku cuba mendabik dada... sekadar ku ingin memberi peringatan kepada diriku yang hina ini..serta kepadamu juga saudaraku....dan kepada sesiapa saja yang masih bergelar "anak" kepada seorang wanita bergelar "IBU".

Petang ini, ingin ku kongsi sebuah cerita.Cerita citra seorang anak.Seorang anak kepada wanita tua yang istimewa.Dia seorang manusia biasa. Yang membesar bersama persekitaran. Pergolakan hidup telah banyak mencorakkan keperibadiannya. Jiwa remaja banyak membawanya hanyut entah kemana...Dia sama seperti remaja lain..pernah melakukan kesilapan...Namun syukurnya kepada Ilahi, dia masih dilindungi.Dipelihara maruah dan keperibadiannya. Terbentuklah kembali dirinya menjadi anak bangsa yang sederhana.Ibunya telah membesarkannya dengan penuh ketabahan.Menggalas tanggungjawab sebagai ibu juga ayah. Tak pernah sekali dia mengeluh.Apatah lagi menganggap si anak sebagai beban kepadanya. Jauh sekali untuk meminta belas ihsan dari saudara mara ataupun handai taulan. Habis tanah, emas dan segala harta yang ada dijualkan. Semata mata ingin melihat anaknya yang hina itu berjaya bergelar graduan cemerlang.
Si anak bersyukur dikurniakan seorang ibu yang hebat sepertinya.Tidak jemu berdoa untuk si anak.Memaafkan segala kesilapan,berdoa agar tuhan merahmati anak nya. Dan dengan izin Yang Maha Kuasa,,, akhirnya si anak berjaya meraih ijazahnya yang pertama.si ibu tetap gembira walaupun dia tidak mampu untuk melihat majlis pengijazahan itu kerana dia terlantar sakit di hospital. Dan petang ini si anak terjumpa diari lama ibunya... alangkah terkejutnya dia..banyak kisah memilukan dicurah didalam diari kecil itu.Kisah hiba hati seorang ibu...melihat kelakuan anaknya yang mengguris hati...jatuh bangun anaknya dalam kehidupan sedikit sebanyak melukakan hatinya...setiap detik dilalui dengan debaran.Hanya pasrah pada Tuhan Yang Esa. Semoga kebahagiaan menyebelahi dia dan anaknya..
Sungguh tak tergambar perasaan si anak . Hancur luluh hatinya bila dia tahu betapa dia telah banyak membuatkan perempuan tua itu menangis. Dia telah banyak melukakan hati perempuan tua itu dengan tingkah lakunya.Tindakannya,keputusannya....dan segala galanya......dan yang paling memilukan itu adalah kenyataan bahawa anak si ibu tua itu adalah "AKU"...

AKULAH ANAK ITU,
AKULAH ANAK WANITA TUA ITU,
AKULAH YANG PALING DISAYANGI WANITA TUA ITU,
AKULAH YANG BANYAK MEMBUATKAN WANITA TUA ITU MENANGIS,
AKULAH YANG BERDOSA ITU,

AKULAH ANAK ITU,
ANAK YANG MENCALARKAN HATI WANITA ISTIMEWA ITU,
ANAK YANG MENGGORES HATI IBUNYA,
ANAK YANG BANYAK MEWARNAI SUKA DUKA IBUNYA,
AKULAH ANAK ITU.

TERIMA KASIH PADAMU WAHAI TUHAN,
KAU BERI KU PELUANG SEKALI LAGI,
UNTUK KU PERBETULKAN SEGALANYA,
UNTUK KU USAP PIPI KUSAM ITU,
UNTUK KU BAHAGIAKAN HATINYA,
UNTUK KU BELAI DIRINYA...
AGAR HILANG SEGALA DUKA LARA DARI KAMUS HIDUPNYA...

KINI KUSEDAR, BUKAN INTAN BERLIAN YANG SEORANG IBU HARAPKAN,
HANYA SECEBIS PERHATIAN
SELAUTAN KASIH SAYANG,
SEGENGGAM BELAS KASIHAN,
DAN SEGUNUNG PENGERTIAN.

PADAMU IBU,KU UCAPKAN BERBILION TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANANMU.SEJAK DETIK KAU MELAHIRKAN AKU KEDUNIA INI HINGGALAH AKHIR HAYATKU NANTI....KUHARAP KAU HALALKAN SEGALANYA.AMPUNILAH DOSA ANAKMU INI.DAN JANGANLAH PERNAH KAU BOSAN UNTUK MENDOAKAN KESEJAHTERAANKU..

WAHAI IBU, CINTA DAN KASIHKU PADAMU TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN DENGAN KATA KATA.KERANA ....TIDAK ADA PERKATAAN YANG DAPAT MENGGAMBARKAN BETAPA KU BERSYUKUR MEMILIKIMU SEBAGAI IBU KU...