PerMata HaTikU...

Assalamualaikum semua...

Well, seperti yang telah dijanjikan saya akan menyambung kisah hidup saya bersama orang baru.Keadaan banyak berubah dengan kehadirannya.Jadual tidur saya berubah.Jadual makanpun turut berubah(memanglah dah kena berpantang kan...).Saya tidak mengalami banyak masalah semasa berpantang kerana bersalin secara normal.Walaupun ibu dan mak mertua saya tak dapat datang untuk menjaga saya sepanjang tempoh berpantang, namun saya masih bersyukur kerana ada sepupu dan adik ipar saya yang sudi menjaga saya dan bayi.Berpantang kali kedua ni, saya rasa lebih sihat dan lebih cepat sembuh berbanding yang pertama.Walaupun berat badan tidak turun sebanyak yang dijangkakan...tetapi saya cukup bersyukur dengan proses penyembuhan luka luka dalaman saya yang cukup sporting.

Adik ipar saya akan balik kesemenanjung dalam bulan 3.So saya kena mempersiapkan mental dan fizikal untuk menjaga suami dan dua orang buah hati saya sendirian. Saya berdoa semoga Allah memberikan kekuatan yang luar biasa kepada saya.Apa yang paling penting adalah kesihatan dan mental yang berada dalam keadaan baik. Haudhi sekarang sudah mula pandai bercakap walaupun masih bercampur dengan bahasa "baby talk".Saya cukup bersyukur kerana dia sudah menunjukkan peningkatan dalam berbahasa...
Selama tempoh berpantang, saya makan bermacam jenis jamu dan homeopati.Taulah kan....kita ni orang muda, mau lekas sembuh,semua kena makan.Saya makan jamu lepas bersalin jenama air mancur(ni buatan indonesia.diamalkan turun temurun oleh kaum keluarga),Ammy 60 day dari sendayu tinggi,Salindah dan beberapa ubatan lain.Disamping itu juga saya mengamalkan mandi sauna dengan campuran herba dan serai wangi.Ini dapat menghilangkan bau hamis dibadan disamping membakar lemak dan membuang toksin dari dalam badan.Lulur pun ada saya amalkan...tapi tak kerap sangatlah.Sekadar yang termampu je....hehehehe...

Bagi saya....mengandung dan bersalin itu adalah satu kepuasan dan kesyukuran yang tidak dapat digambarkan...Lambang kesempurnaan seorang wanita dan cinta seorang isteri pada suaminya..Pesanan saya buat anda yang membaca blog ini,hargailah pasangan anda semampunya.Jika anda seorang isteri...berusahalah melahirkan anak sebanyak mungkin untuk suami tercinta....semoga pengorbanan itu akan menjamin kebahagiaan dunia dan ahkirat kita. sekiranya anda seorang suami pula,berbahagilah suka dan duka sepanjang tempoh mengandung,bersalin dan berpantang bersama isteri tersayang.sokongan dan perhatian dari suami adalah sesuatu yang paling didambakan. Jadi marilah kita bersama sama saling memberi sokongan dalam hidup berumah tangga. Insyaallah... Sekian dulu coretan kali ini dari saya untuk anda semua.....
Wassalam.